Latar Belakang

Kita boleh menjangkakan sewaktu Pilihan Raya Malaysia ke-15 (PRU15) nanti ucapan benci akan semakin berleluasa terutamanya dalam media sosial.

Ucapan Benci sangat bermasalah. Ianya menggangu dan mengalih perhatian kita dari pemikiran bertumpukan penyelesaian. Dan ianya meningkatkan potensi kemudaratan terhadap individu atau masyarakat terpinggir. 

Oleh sebab itu, Centre for Independent Journalism (CIJ) menjalankan projek pemantauan ucapan benci untuk PRU15.

Mengapa kami memutuskan untuk memantau ucapan benci sewaktu pilihan raya?

Manfaat 1

Untuk mempromosi suasana kempen pilihan raya yang lebih sihat dalam media sosial

Manfaat 2

Untuk mencegah penyebaran ucapan benci dalam media sosial, terutamanya yang menyasarkan individu dan kelompok tertentu.

Manfaat 3

Untuk menggalakkan luahan yang progresif dan perbahasan yang sihat dalam talian tentang isu-isu bangsa, agama, gender, pelarian dan pendatang asing serta pilihan raya.

Manfaat 4

Untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil di Malaysia .

Tujuan kami adalah untuk menyediakan respons balas terhadap naratif ucapan benci sebelum dan semasa PRU15, serta memberdayakan orang awam untuk memberi respons dengan lebih efektif sewaktu mereka berdepan dengan ucapan benci. 

Projek ini mempunyai dua bahagian:

Untuk mendedahkan sumber dan corak ucapan benci, dan retorik jijik oleh individu-individu penting dalam media sosial. Netizens juga boleh menyumbang kepada usaha pemantauan ini dengan melaporkan ucapan benci di sini.

Untuk menggalakkan naratif berdasarkan bukti agar pemahaman masyarakat awam tentang sesuatu isu tidak diugut dengan ucapan benci. Respons balas pantas ini diharap dapat memudahkan orang awam untuk melawan ucapan benci. 

Prinsip yang mendasari projek ini adalah: 

  1. Tidak berat sebalah
  2. Pengutipan data dan maklumat yang istematik, komprehensif dan tepat 
  3. Hak untuk  turut serta dalam politik
  4. Hak untuk Bermaklumat 
  5. Hak untuk memperoleh pemulihan perundangan efektif
  6. Kebebasan bersuara
  7. Kebebasan berpandangan
  8. Kebebasan berkumpul

Projek ini adalah hasil kerjasama: 

Projek ini juga mendapat sokongan daripada National Democratic Institute.