Tiada definisi sejagat yang diterima dalam undang-undang hak asasi manusia. Kami telah mengguna pakai definisi dalam Artikel 19 yang menyebutkan bahawa ucapan benci adalah sebarang luahan berbentuk diskriminasi dan ajakan kebencian terhadap sesuatu individu atau kelompok berdasarkan sifat-sifat yang terlindung.
Luahan, pandangan atau idea kebencian ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk: bertulis, non-verbal, visual, artistik, etc, dan boleh disebarkan melalui pelbagai saluran, termasuk internet, bercetak, radio, ataupun televisyen.
Projek ini akan memantau:
Perilakuu Palsu Terancang – Coordinated Inauthentic Behaviour (CIB) seperti bots and lasykar siber (cybertroopers).
3M merujuk kepada Pemberi Maklumat (Messenger), Mesej (Message), dan Penyampaian Mesej (Messaging).
Pemberi Mesej
Mesej
Penyampaian mesej
(platform penyebaran ucapan benci)
[i] Monitoring of Media Coverage of Elections: Toolkit for civil society organisations, Council of Europe, November 2020, pp 33-34
Kami menggunakan alatan yang dibina (Zanroo) untuk mengumpul data tentang isu dan tema yang dikenal pasti, menggunakan kata kunci dan ciri-ciri yang ditetapkan.
Data yang terkumpul mungkin mempunyai anomali melibatkan paparan yang disekat secara tidak tepat. Pemantau manusia berperanan untuk menilai, mengkategorikan, dan mengecap sesuatu data berdasarkan kata-kata kunci tertentu. Mereka akan turut mengenal pasti skala keseriusan ucapan benci dan menyemak kesahihan akaun melalui laman-laman penyemakan bot.