About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Gambar utama dari The Vibes
Centre for Independent Journalism (CIJ) sangat bimbang melihat perkembangan keadaan demokrasi di Malaysia selepas penutupan Parlimen dijalankan hari ini (2 Ogos) yang menyebabkan ratusan penggubal undang-undang tidak dibenarkan masuk ke banggunan parlimen. Tindakan ini adalah usaha yang sengaja untuk menghalang dan merosakkan sistem demokrasi dan keperluan semak-imbang yang sedia ada dengan menafikan peranan ahli parlimen semata-mata untuk kepentingan politik peribadi.
Kerahan terhadap Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan kehadiran polis yang begitu ramai untuk menyekat wakil-wakil rakyat bagi melaksanakan tugas yang dijamin perlembagaan adalah tindakan yang tidak munabah, tidak perlu, dan dengan jelas melanggar prinsip demokrasi dan perlembagaan.
Parlimen sepatutnya menjadi tonggak bagi demokrasi namun rakyat Malaysia kini menyaksikan lebih banyak penekanan dikenakan secara terpilih bagi mendiamkan suara-suara yang membangkang.
Kami juga mendapat maklum bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham dan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, telah hadir ke Parlimen hari ini (2 Ogos) untuk membincangkan isu-isu bagi melanjutkan tempoh berkurung dan hal-hal berkaitan COVID-19 yang lain bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Perkara ini berlawanan dengan alasan yang digunakan sebelumnya, iaitu pengesanan kes-kes COVID-19 di Parlimen.
Rakyat harus mendengar perbahasan pandangan-pandangan ahli Parlimen untuk memahami pelbagai krisis yang wujud di Malaysia. COVID-19 akan terus kekal bersama kita untuk suatu jangka masa yang panjang; maka ahli parlimen harus menunjukkan teladan yang baik bagi meneruskan kerja-kerja mereka sewaktu era pandemik dalam suasana yang selamat dan memberdayakan.
2 Ogos 2021
Wathshlah G Naidu
Pengarah Eksekutif CIJ
Bagi pertanyaan media, sila hubungi Shahirah Hamid di comms@cijmalaysia.net.
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.