About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Kami menggesa pihak berkuasa agar membebaskan 17 lelaki dan 14 perempuan yang ditangkap semasa sebuah ‘candlelight vigil’ atau himpunan kenang korban di Daratan Merdeka malam ini (19 Ogos).
Himpunan tersebut yang disertai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat bertujuan untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia disebabkan Covid-19. Kebanyakkan kematian ini sebenarnya boleh dielakkan dan adalah kesan langsung daripada kegagalan kerajaan dalam mengambil langkah-langkah yang efektif dalam menangani pandemik ini.
Peserta-peserta tersebut hanyalah melaksanakan hak mereka untuk berhimpun dan mereka tidak seharusnya diintimidasi serta ditangkap semata-mata. Himpunan itu diadakan di ruang luar yang besar yang membenarkan penjarakkan yang mencukupi
antara para peserta. Penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka diperhatikan secara teliti oleh semua yang hadir.
Sementara halangan bagi perhimpunan yang besar boleh dikenakan untuk tujuan kesihatan awam, halangan-halangan ini haruslah mengikut keperluan dan berpatutan. Penangkapan para peserta dan tindakan pihak polis untuk mengangkut mereka dengan ‘black maria’ adalah sememangnya tidak perlu dan tidak wajar. Ia merupakan satu pencabulan hak berhimpun secara aman dan hak untuk bersuara. Pihak polis telah dilaporkan gagal untuk memaklumkan para peserta yang mereka telah ditangkap dan hak-hak mereka setelah ditangkap. Pihak polis juga dilaporkan telah mengheret dua orang peserta wanita tanpa kerelaan mereka ke dalam kenderaan.
Dengan meletakkan para peserta di dalam kenderaan ‘black maria’, pihak polis telah menyumbat mereka ke dalam ruang tertutup yang kecil. Kalau betul pihak polis sememangnya khuatir dengan kesihatan umum, polis akan membenarkan para peserta untuk menghabiskan himpunan mereka di ruang luar yang besar di mana mereka boleh berkumpul dan bersurai secara aman.
Malaysia telah merekodkan lebih 13,000 kematian oleh sebab Covid-19. Lebih banyak lagi kematian yang akan direkodkan memandangkan 22,948 kes dicatatkan hari ini. Kes-kes dan kemasukkan ICU sedang meningkat secara mendadak di luar Lembah Klang. Apa yang lebih merisaukan ialah negeri-negeri yang lebih kecil mempunyai bilangan katil dan kemudahan yang terhad.
Golongan miskin telah menjadi lebih terkesan, dan lebih daif akibat kesan ekonomi pandemik ini Adalah sangat penting bagi kita untuk mempertahankan hak bersuara dan berhimpun. Pihak berkuasa tidak harus menggunakan pandemik ini sebagai sebab untuk menutup kritikan terhadap kegagalan kerajaan. Walhal, kerajaan telah membenarkan “dine-in” atau makan di dalam restoran di sesetengah negeri di mana pengunjung boleh membuka pelitup muka dan duduk bersama di dalam satu ruang tertutup. Oleh itu, adalah sangat janggal sekiranya pihak berkuasa bertindak menangkap mereka yang berhimpun di luar dengan memakai pelitup muka sambil mengamalkan penjarakan fizikal.
Kami sebulat suara menentang tindakan untuk menutup kritikan. Kami sebulat suara mengangkat kebebasan bersuara dan berhimpun. Kami bersatu dengan orang muda dan rakan-rakan kami yang ditangkap hanya kerana menyuarakan kesedihan yang dirasai di seluruh negara.Kami menyeru supaya mereka dilepaskan degan segera. Penahanan mereka adalah satu penghinaan ke atas memori rakyat yang Malaysia yang terkorban di dalam pandemik ini.
Kenyataan ini disokong oleh:
Agora Society
ALIRAN
All Women’s Action Society (AWAM)
Dato’ Ambiga Sreenevasan
Amnesty International Malaysia
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Angkatan Mahasiswa UM
Benazir Japiril Bandaran
Bersih 2.0
Beyond Borders Malaysia
Borneo Komrad
Cahaya Society
Centre for Independent Journalism
Communication Action Network (CAN)
Demokrat Kebangsaan
Demokrat UM
Family Frontiers
Freedom Film Network
GERAK
Justice for Sisters
Ivy Josiah
Karyasama
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya
Klima Action Malaysia (KAMY)
KRYSS Network
Malaysian Progressives in Australia
Malaysia Youths and Students Evolution Melaka
Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch
MAJU
NESA
North South Initiative
Pertubuhan Muafakat Sabah
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM)
Projek Wawasan Rakyat (POWR)
Pusat KOMAS
Pusat Sekitar Seni (PSS)
Sabah Reform Initiative (SARI)
Sisters in Islam
Student Progressive Front UUM
SUARAM
UMANY
Undi Sabah
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.