About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) sangat gusar apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengeluarkan surat tuntutan bagi menyingkirkan dua artikel berjudul “Business ties among MACC leadership: How deep does it go? (Part 1) and (Part 2)” dan menggesa permohonan maaf dibuat oleh wartawan penyiasat, Lalitha Kunaratnam dalam jangka masa 14 hari. Beliau turut mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang atas alasan mencemarkan nama beliau dengan bayaran ganti rugi sebanyak RM 10 juta sekiranya wartawan tersebut enggan menuruti permintaanya.
Sebagai kuasa keempat bagi demokrasi, media dan wartawan mempunyai tanggungjawab penting bagi memastikan pemerintah, termasuklah pegawai kerajaan, agar bertanggungjawab atas tindakan mereka. Lebih-lebih lagi apabila Lalitha, wartawan penyiasat, telah menyediakan laporan berasaskan fakta yang turut menyoal persoalan penting untuk orang awam.
Tindakan Azam menimbulkan persoalan terhadap peranan SPRM, dan juga pihak pemerintah dalam usaha mereka memerangi rasuah di Malaysia. Sepatutnya, tindakan yang wajar diambil oleh SPRM dan pemerintah adalah menjalankan siasatan terhadap dakwaan dalam laporan tersebut dan bukannya menyiasat pelapor!
Pihak pemerintah bukan sahaja gagal mengendalikan tuduhan rasuah yang dibuat, bahkan turut gagal melindungi wartawan penyiasat yang juga memainkan peranan sebagai pemberi maklumat.
Pemberi maklumat adalah bahagian penting dalam kebebasan bersuara. Perlindungan terhadap pemberi maklumat adalah penting bagi menjaga kepentingan awam dan menggalakkan budaya kebertanggungjawaban awam dan integriti.
Oleh yang demikian, kami menggesa agar perkara-perkara ini segera dilaksanakan:
7 Januari 2022
Dikeluarkan oleh:
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Gerakan Media Merdeka (Geramm)
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.