About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Centre for Independent Journalism (CIJ) terkejut dan kecewa melihat tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menfailkan saman fitnah terhadap wartawan, Lalitha Kunaratnam.
CIJ dalam satu kenyataan berkata, tindakan Azam itu dilihat sebagai satu bentuk intimidasi dan serangan terhadap wartawan yang telah menulis berita berasaskan bukti dan penyiasatan yang menyentuh isu kepentingan awam tanpa sebarang niat buruk.
Kata kenyataan itu. saman fitnah tersebut menimbulkan tanda tanya bagi peranan Azam sebagai pegawai awam yang sewajarnya menggunakan kapasiti profesional beliau untuk bekerja menghentikan rasuah dalam negara ini serta mendukung hak media untuk melaporkan perkara tersebut.
“Menjadi peranan media untuk menyiasat dan melaporkan perkara yang memberi kesan kepada kepercayaan dan kebertanggungjawaban institusi awam sebagai langkah untuk memastikan ketelusan dan memastikan mereka melaksanakan tugas mereka.
“Memulakan dakwaan terhadap media samalah seperti menidakkan hak orang awam untuk tahu dan mendapat akses kepada maklumat agar mereka boleh membuat pilihan atau pandangan yang wajar.
“Tuntutan mahkamah seperti ini digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara dan berucap dalam bentuk intimidasi terhadap organisasi pemerhati dan pengkritik, seperti media dan aktivis yang berjuang mempertahankan demokrasi; serta menyusutkan sumber kewangan mereka.
“Menggunakan tindakan mahkamah sebagai serangan balas terhadap wartawan bebas adalah sesuatu yang membimbangkan terutamanya ramai dalam kalangan mereka menyentuh isu-isu yang kompleks atau skandal.
“Dalam banyak keadaan, barisan wartawan ini tidak mempunyai sumber kewangan dan bantuan perundangan yang memadai. Hal ini mewujudkan satu keadaan di mana para wartawan terpaksa bekerja dalam suasana ketakutan,” kata kenyataan CIJ itu..
Kenyataan itu menyebut, laporan siasatan adalah bahagian penting daripada kebebasan bersuara dan hak untuk bermaklumat. Media juga memainkan peranan sebagai pemberi maklumat. Justeru, perlindungan terhadap pemberi maklumat adalah penting bagi menjaga kepentingan awam dan menggalakkan budaya ketelusan dan berintegriti.
“Kami menyokong Lalitha dan barisan wartawan yang lain yang telah diganggu dan disasarkan hanya kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka bagi menyediakan berita yang berasaskan fakta yang turut menimbulkan persoalan penting berkaitan dengan kepentingan awam. Kami turut menggesa agar perlindungan dan sokongan terhadap usaha mereka bagi mendedahkan dakwaan rasuah dan kontroversi dipertingkatkan.
Sehubungan itu CIJ menyeru agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan serta merta:
Sumber: Utusan
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.