About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Pusat Kewartawanan Bebas, atau Centre for Independent Journalism (CIJ), amat bimbang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mendapati portal berita Malaysiakini bersalah kerana menghina mahkamah, dan implikasinya terhadap kebebasan media di Malaysia. Malaysiakini juga didenda RM500,000, sementara Ketua Pengarangnya, Steven Gan, didapati tidak bersalah menghina mahkamah.
Kes ini berlandaskan komen pihak ketiga oleh pembaca Malaysiakini mengenai satu artikel diterbitkan di Malaysiakini pada tahun lalu. Portal berita tersebut didapati bersalah di bawah Seksyen 114A, Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012, yang menganggap Malaysiakini bertanggungjawab ke atas komen-komen yang menyinggung.
CIJ sebelum ini telah menimbulkan keraguan terhadap pelanggaran Seksyen 114A Akta Keterangan, terutama ketika undang-undang ini pertama kali dibicarakan. Undang-undang, antara lain, membenarkan individu dan mereka yang mentadbir, mengendalikan atau menyediakan ruang untuk forum komuniti dalam talian, perkhidmatan blog dan hosting, bertanggungjawab atas kandungan yang diterbitkan melalui perkhidmatannya. Penggunaan bahagian ini mengancam kebebasan bersuara dalam talian terhadap mereka yang menerbitkan kandungan dalam talian. Anggapan rasa bersalah ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang asas dan secara tidak seimbang membebankan rata-rata individu atau entiti yang harus membela diri di mahkamah. Keputusan mahkamah pada hari ini telah mengukuhkan lagi kebimbangan yang telah kami kemukakan sebelum ini mengenai penggunaan Seksyen 114A Akta Keterangan.
Keputusan hari ini mempunyai pelbagai implikasi terhadap media kita, khususnya portal dalam talian dan sejauh mana tanggungjawab mereka. Portal seperti Malaysiakini sekarang dianggap harus bertanggungjawab terhadap komen yang dikemukakan oleh pihak ketiga. Ini bukan sahaja memerlukan sumber dan tenaga kerja yang lebih banyak untuk menyaring komen yang menyinggung – apatah lagi dengan jumlah komen yang banyak – tetapi juga akan menjadi bentuk penapisan dan pengurangan kebebasan bersuara pembaca.
Keputusan terhadap Malaysiakini juga menimbulkan kemungkinan portal berita dalam talian diwajibkan membuang bahagian komen masing-masing untuk mengurangkan tanggungjawab terhadap komen pihak ketiga. Ini bererti bahawa pembaca kehilangan suara untuk mengkritik, memberi pendapat mereka sendiri dan membuat perbezaan pendapat atau posisi alternatif, khususnya mengenai masalah kepentingan umum. Ini mencabar kebebasan bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan, yang menyokong dan memudahkan wujudnya masyarakat dan demokrasi yang sihat.
Keputusan kerajaan serta mahkamah hari untuk mengadili Malaysiakini ini menetapkan beban selanjutnya yang harus ditempatkan di media dalam talian, yang mengasak kebebasan media di Malaysia. Kita sering lihat wartawan dan portal berita disiasat oleh polis dan didakwa di mahkamah atas laporan mereka. Operasi kawalan media di Malaysia menjadi lebih ketat dan dibatasi lebih dari sebelumnya – sejak pertukaran pemerintahan kerajaan tahun lalu. Kami meramalkan Malaysia menjadi lebih autoritarian sekiranya kerajaan terus menghukum dan mengugut media dengan cara ini. Kami mengulangi pendirian kami mengenai perlunya mengubal undang-undang penindasan yang mempengaruhi kebebasan media dan kebebasan bersuara – dalam kes ini, Seksyen 114A Akta Keterangan.
Sebagai pemerhati media, kami berdiri dalam solidariti dengan Malaysiakini dan tidak bersetuju dengan intimidasi kerajaan yang mengancam kebebasan bersuara dan kebebasan media.
20 Februari 2021
Wathshlah G. Naidu
Pengarah Eksekutif CIJ
Untuk pertanyaan media, hubungi comms@cijmalaysia.net
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.