About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
The Centre for Independent Journalism (CIJ), Freedom Film Network (FFN) dan rakan sekerja kami cukup terkejut dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang usaha yang dilakukan oleh polis untuk menggertak dan menindas Freedom Film Network (FFN) dan juruanimasi/artis, Amin Landak atas sebab filem animasi mereka, “Chilli Powder and Thinner”. Filem tersebut menggambarkan kisah benar daripada testimoni seorang pemuda yang didera sewaktu berada dalam tahanan polis. Pengasas bersama FFN, Anna Har dan Amin telah pergi ke ibu pejabat polis di Bukit Aman pada pukul 2.30 petang hari ini untuk diambil kenyataan berkenaan filem tersebut. Mereka selesai memberikan kenyataan mereka kepada pihak polis dan meninggalkan Bukit Aman pada pukul 4.10 petang. Meskipun demikian, pihak polis masih tetap membuat serbuan di ofis FFN dan di rumah Amin.
Pihak polis Malaysia dengan jelas cuba menyerang FFN atas sebab filem pendek animasi mereka, yang menggambarkan pegawai polis menyeksa dan mendera orang-orang dalam tahanan di Malaysia. Penyiasatan ini, termasuk juga dengan serbuan yang berkaitan, adalah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk cuba menghentikan tuduhan berkenaan salah laku polis. Keganasan polis dan salah guna kuasa telah menjadi topik yang hangat dalam perbincangan dalam talian, namun pihak berkuasa sering kali cuba mendiamkan wacana tersebut dengan mengancam individu-individu tertentu dengan siasatan jenayah.
Siasatan tindak balas yang dikenakan ke atas pendukung hak asasi manusia, artis, dan wartawan kerana usaha mereka mendedahkan pencabulan hak asasi manusia jelas menunjukkan peri pentingnya hak kebebasan bersuara segera dipertahankan serta perlunya untuk memastikan pegawai polis di Malaysia dipertanggungjawabkan atas segala salah laku yang terjadi. Pihak polis harus bersedia untuk dikritik masyarakat awam dan mengambil sikap yang telus, manakala kedaulatan undang-undang juga hendaklah sentiasa dijunjung. Membuka siasatan hanya semata-mata kerana sesuatu perkara itu menggambarkan pihak polis secara negatif adalah tidak munasabah dan suatu pencabulan terhadap hak kebebasan bersuara dan berucap yang dijamin perlembagaan.
Oleh sebab itu, kami menggesa tindakan-tindakan ini dilaksanakan oleh pihak pemerintah:
Disokong oleh organisasi-organisasi berikut yang juga berkongsi aspirasi yang sama dalam mendukung agenda FoE:
Amnesty International Malaysia
C4 Center
Gerakan Media Merdeka (GERAMM)
Justice for Sisters
KRYSS Network
Sisters in Islam
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Agora Society Malaysia
Aliran
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Angkatan Mahasiswa UM
Association of Women Lawyers (AWL)
Baramkini
Beyond Architecture Outlet (BAO)
Beyond Borders Malaysia
Citizens against Enforced Disappearances (CAGED)
Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)
Demokrat Kebangsaan
Demokrat UKM
Demokrat UM
Eliminating Deaths and Abuse in Custody (EDICT)
EMPOWER Malaysia
ENGAGE
Family Frontiers Malaysia
Five Arts Centre
Function 8 Singapore
Gerakan Mahasiswa Maju UPM
Jaringan Hak Asasi Manusia (JHAM)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Klima Action Malaysia (KAMY)
KLSCAH Youth
Malaysia Muda
Monsoon Malaysia
New Naratif
North South Initiative
Our Journey
Pangrok Sulap
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (Friends of Women Organisation, Selangor)
Pertubuhan Solidaritas
PeSAWAH
Projek Wawasan Rakyat (POWR)
Pusat KOMAS
Ruang Kongsi (Penang)
ReoftmaARTsi
Sabah Human Rights Centre
Sabah Law Society Subcommittee on Human Rights
Sabah Reform Initiative (SARI)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (SERATA)
Student Progressive Front UUM
Student Unity Front UKM
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Svara
Tenaganita
Teoh Beng Hock Trust for Democracy
Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak (TKHAS)
The 14% Project
Think Centre
Tindak Malaysia
UMANY
Undi 18
Waroeng Baru
Individu:
Andrew Khoo
Benazir Japiril Bandaran
Beverly Joeman
Chen Yoke Pin
Devaruban Samalam Ruban
Elroi Yee
Farida Mohammad
Hui Yein
Janet Pillai
Julien Chen Lip Syn
Kenneth Cheng
Lim Kye Lee
Mark Teh
Nafeesa Mat Ali
Okui Lala
Risya
Sarah
S. M. Muthu
Simon Soon
Wong Chin Huat
Wong Tay Sy
Wong Yan Kee
Yolanda Augustin
Zaharom Nain
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.