About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Pusat Jurnalisme Bebas (CIJ) mengecam keras penggunaan berterusan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sedangkan menurut CIJ, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah sudah berjanji bulan lalu untuk memeriksa Akta tersebut.
Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah G. Naidu berkata, pihaknya meminta agar semua penyiasatan dan penangkapan masa depan berkait Seksyen 233 Akta 588 dihentikan, dan caj digugurkan.
Tegasnya, CIJ melihat dengan bimbang bahawa sejak perubahan pemerintahan di peringkat persekutuan pada Februari 2020, individu-individu yang menyuarakan perbezaan pendapat terhadap pihak berkuasa telah didakwa atau disiasat di bawah Seksyen 233 Akta 588, termasuk, antara lain:
“Seksyen 233 Akta 588 sangat bermasalah kerana definisi yang terlalu luas dan hukuman berat yang melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara.
“Seksyen ini membolehkan seseorang dipenjara sehingga satu tahun dan denda hingga RM50,000 kerana menyiarkan kandungan yang menyinggung perasaan orang lain. Ini melampaui batasan sah yang dibenarkan terhadap kebebasan bersuara seperti mencegah hasutan keganasan atau untuk keselamatan negara.
“Kebebasan bersuara jelas termaktub di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights), dan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Ujar beliau, kebebasan bercakap dan bersuara mendasari hak asasi untuk mencari dan bertukar idea, pendapat dan maklumat yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membentuk pendapat mereka sendiri dan membenarkan perbezaan pendapat atau posisi alternatif, khususnya mengenai isu-isu kepentingan awam, serta mempromosikan pemerintahan kerajaan yang baik dan memegang kerajaan untuk dipertanggungjawabkan.
Katanya lagi, batasan kebebasan berekspresi yang ada dalam undang-undang mesti ditentukan dengan jelas dan sempit, dan melayani fungsi kepentingan awam yang jelas.
“Batasan kebebasan bersuara juga harus berdasarkan prinsip-prinsip perlu dan berkadaran (necessary and proportionate), dan langkah-langkah yang diambil untuk menangani alegasi dugaan pelanggaran dalam talian (alleged online infringement) mesti memenuhi ujian bahaya (the harm test) untuk menentukan kesahan, keperluan dan perkadaran (legitimacy, necessity and proportionality).
“Mengkriminalisasi kandungan yang berpotensi menentang dan berusaha memegang kerajaan untuk dipertanggungjawabkan sangat tidak seimbang dengan tujuan-tujuan sah untuk melindungi ketenteraman awam,” kata beliau.
Sehubungan itu kata Wathshlah, CIJ menuntut agar kerajaan menghentikan dengan segera penggunaan peruntukan undang-undang regresif seperti Seksyen 233 Akta 588 untuk menyensor dan membisu pendapat atau pandangan yang tidak setuju dengan kerajaan dan kononnya tidak sesuai untuk masyarakat.
Katanya, rakyat negara ini memerlukan persekitaran yang sihat dan yang dapat mempromosikan massa kritis dan berfikir, bukan masyarakat yang tidak memikir dan penepati boneka (conforming puppets) dalam masyarakat kita.
“Tanpa berlengah lagi, kerajaan Perikatan Nasional yang baru ini, di bawah kepemimpinan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah, harus mengkaji dan menerapkan moratorium atas penggunaan Seksyen 233 Akta 588 sewenang-wenangnya.
“… serta bergerak ke arah pemansuhan dan perubahan peruntukan yang kabur dalam Seksyen 233 Akta 588 untuk menjadikannya sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan dan piawaian antarabangsa mengenai kebebasan bersuara,” tambahnya.
Sumber: Malaysia Dateline
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.