About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Centre for Independent Journalism (CIJ) sangat bimbang melihat kemerosotan kedudukan Malaysia dalam indeks tahunan kebebasan media dalam Reporters Without Border’s (RSF). Kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media kini jatuh sebanyak 18 tangga ke kedudukan ke-119 (dari 180 buah negara). Sebagai konteks tambahan, kedudukan terbaik Malaysia adalah pada tahun 2020 ( tangga ke-101).
Kedudukan seperti ini tidaklah mengejutkan atas beberapa sebab. Pertamanya, kemelut politik yang berlaku sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk kuasa pada Mac 2020 telah menjadi halangan buat media untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara bebas. Keduanya, pelbagai tekanan terhadap kerja-kerja liputan oleh media terus dikenakan, terutamanya sewaktu tempoh wabak COVID-19. Seterusnya, undang-undang yang meyekat kebebasan media kekal wujud dan digunakan terhadap para wartawan dan agensi-agensi media.
Sekatan ruang untuk membuat liputan
Sebahagian daripada persidangan parlimen atau dewan negeri serta sidang-sidang media oleh barisan menteri telah dihadkan hanya kepada wakil “rasmi” media milik kerajaan sahaja, sekaligus menyisihkan portal media berita yang beroperasi secara eksklusif secara dalam talian, dan juga sering bersikap kritis terhadap pemerintah dan polisi-polisi kerajaan. Hal ini termasuklah sewaktu sidang Parlimen sehari pada 18 Mei 2020, persidangan dewan negeri Melaka pada 11 Mei 2020, persidangan dewan negeri Perak pada 12 Mei 2020, pencalonan pilihan raya Sabah pada 12 September 2020, dan persidangan parlimen pada bulan Oktober 2020. Sidang-sidang media selepas mesyuarat tertinggi dalam kalangan menteri dan perdana menteri juga dihadkan kepada pihak media milikan kerajaan sahaja. Kesemua keadaan ini menggunakan alasan COVID-19 bagi melaksanakan sekatan media yang tidak munasabah dan seimbang.
Serangan terhadap Media
Tahun lalu beberapa orang wartawan dan agensi media telah disoal siasat, diganggu, dan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa disebabkan liputan mereka yang kritikal, atau pandangan dan platform mereka bercanggah dengan pemerintah. Antara kes-kes berprofil tinggi termasuklah seperti kes penulis blog Dian Abdullah, Ketua Biro Channel News Asia Malaysia Melissa Goh, bekas koresponden South China Morning Post (SCMP) Tashny Sukumaran, Ketua Editor CodeBlue Boo Su-Lyn, Malaysiakini dan ketua editornya, Stevan Gan, Gerakbudaya dan penulis “Rebirth”, Al Jazeera, ASTRO dan UnifiTV. Senarai ini tidak termasuk beberapa lagi kes yang melibatkan gangguan dalam talian oleh pihak menteri terhadap wartawan yang dituduh membuat liputan yang tidak tepat. Kesemuanya ini dapat dilihat sebagai satu usaha yang disengajakan dan dirancang bagi menyekat kebebasan media.
Penggunaan undang-undang yang menindas secara berterusan
Terdapat pelbagai undang-undang lapuk yang menindas digunakan ke atas media dan wartawan sejak tahun lalu. Antaranya termasuklah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Selain itu, terdapat juga Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.
Impak rating RSF
Kedudukan Malaysia yang merosot menunjukkan bahawasanya pihak kerajaan telah berjaya dengan usaha menggertak media dengan taktik ancamannya sehinggakan kini wujud suasana yang menjadikan pihak media lebih tertekan dan mengelak dari bersikap kritikal serta berpihak kepada pemerintah sewaktu membuat liputan.
Sebuah negara yang demokratik seharusnya mempelihara kebebasan buat para wartawan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka bagi menyampaikan berita, serta kebebasan buat masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat yang benar, dipercayai dan tepat pada waktunya. Apabila media dapat menjalankan tugasnya tanpa rasa takut dan berpihak, maka masyarakat akan memperoleh maklumat yang lebih tepat dan tidak berat sebelah. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan berlaku proses semak imbang yang efektif serta wujudnya gesaan terhadap pemerintah memenuhi tanggungjawab mereka melalui tadbir-urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.
Cadangan CIJ
Sebagai pemerhati media, kami amat khuatir melihat kedudukan Malaysia dalam World Press Freedom Index yang akan terus merosot sekiranya pihak pemerintah terus menghalang dan menyekat kebebasan media di Malaysia. Oleh yang demikian, kami meminta cadangan-cadangan berikut dilaksanakan secara terus oleh pihak pemerintah bagi mewujudkan suasana yang membolehkan media berfungsi secara bebas:
April 21 2021
Wathshlah G. Naidu
Pengarah Eksekutif CIJ
Untuk pertanyaan media, hubungi comms@cijmalaysia.net
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.