About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Pusat Jurnalisme Bebas (CIJ atau Centre for Independent Journalism) mengecam keras penangkapan semalam terhadap lima penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan aman di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, yang menuntut keadaan kerja yang lebih baik untuk pembersih hospital yang bekerja di sana.
Berdasarkan laporan media, M. Saraswathy, L. Danaletchumy, V. Santhiran, P. Jothi dan C. Subramaniam @ Raja ditangkap kerana kononnya menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka. Saraswaty, Danaletchumy dan Santhiran adalah ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (NUWHSAS), manakala Jothi dan Subramaniam merupakan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM). Menurut setiausaha agung PSM A. Sivarajan, kelima-lima anggota kesatuan itu diperintahkan oleh Majistret hari ini untuk dibebaskan pada jam enam petang.
Antara kebimbangan yang ditimbulkan oleh para penunjuk perasaan adalah dakwaan kekurangan alat pelindung untuk digunakan semasa membersihkan wad COVID-19, bekalan topeng muka dan sarung tangan yang tidak mencukupi, serta kononnya tidak ada kenaikan gaji tahunan, kenaikan jumlah cuti berbayar tahunan yang layak atau cuti sakit dan pemberhentian perkhidmatan pengangkutan bersubsidi untuk pekerja. Tindakan pihak berkuasa tidak produktif dan menghormati barisan hadapan kita serta komitmen mereka dalam memerangi wabak COVID-19.
Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin semua rakyat hak asasi untuk membentuk persatuan, melibatkan diri dalam perhimpunan secara damai, serta mempromosikan kebebasan bersuara. Sebarang sekatan terhadap hak-hak ini mestilah berdasarkan prinsip-prinsip sah, perlu atau pantas dan berkadaran (legitimate, necessary or expedient and proportionate) demi kepentingan ketenteraman awam, moral dan keselamatan negara. Oleh itu, kami bertanya: adakah protes itu melanggar keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral?
Ia merupakan hak perlembagaan mereka untuk melakukan protes, berhimpun secara damai dan menyatakan pandangan mereka.
Kelima anggota kesatuan itu hanya menyuarakan kebimbangan pembersih hospital mengenai perlakuan buruk yang kononnya mereka terima daripada majikan mereka. Selain itu, kelima-lima anggota kesatuan itu mematuhi jarak sosial (social distancing) selama protes mereka dan memeriksa suhu mereka sebelum melakukan protes. Polis tidak seharusnya bertindak untuk menangkap mereka dan membawa mereka ke mahkamah dengan gari. Hormati hak asasi manusia untuk dilayan dengan bermaruah!
Kami ingin mengingatkan kerajaan untuk memastikan bahawa langkah pencegahan COVID-19 adalah sah, perlu dan berkadar untuk menghentikan penyebaran virus ini. Memenjarakan individu sebab memprotes adalah tidak produktif; membiarkan mereka dalam tahanan meningkatkan risiko yang lebih tinggi kerana mereka mungkin tidak dapat mengekalkan amalan kebersihan dan jarak sosial dalam tempoh pengurungan mereka – seperti yang diakui oleh ketua pengarah Jabatan Penjara baru-baru ini.
Penghancuran kesatuan (union-busting) juga tidak boleh dilakukan, terutamanya atas faktor sifat tuduhan dan kesan langsungnya kepada barisan kesihatan yang memerangi wabak tersebut sekiranya masalah mereka tidak ditangani.
Kami memberi sokongan penuh kepada lima kesatuan sekerja dan meminta mereka dibebaskan!
Kami juga meminta kerajaan untuk menghentikan retorik dan menerjemahkan tindakan kerajaan untuk menjamin penghormatan dan promosi hak asasi manusia semua rakyatnya!
Jun 3 2020
Wathshlah G. Naidu
Pengarah Eksekutif CIJ
Untuk pertanyaan media, hubungi Vinodh Pillai di vndhpll@gmail.com
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.