About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Sabtu, 11 Disember 2021
12 tgh – 6 ptg
Level LG (Sub Court), NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur
Dianjurkan oleh : Organisasi masyarakat sivil bagi Kebebasan Bersuara (FOE)
Pendahuluan
Hari Hak Asasi Manusia ini disambut di peringkat antarabangsa pada tanggal 10 Disember setiap tahun. Tarikh ini dipilih bagi memperingati proklamasi dan dukungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada 10 Disember 1948, terhadap Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), iaitu suatu pengisytiharan sedunia bagi hak asasi manusia dan juga merupakan kejayaan terawal bagi PBB.
Kami ingin menjemput anda semua untuk menyertai kami meraikan pencapaian hebat rakyat Malaysia yang sedia menjaga dan melindungi golongan yang lemah, mempertahankan hak asasi manusia sewaktu wabak Covid-19, serta memastikan semua rakyat dapat menikmati ruang demokrasi mereka.
Ini adalah platform untuk mengingatkan masyarakat bahawasanya hak asasi manusia, serta kebebasan bersuara dan berpendapat sebenarnya terangkum dengan spektrum yang lebih luas bagi hak asasi manusia dan demokrasi. Ianya juga penting untuk menggunakan acara IHRD ini bagi memaparkan barisan hasil kerja para aktivis dan pembela hak asasi manusia dalam melindungi hak rakyat kebanyakan serta mengisahkan cabaran-cabaran FOE yang mereka hadapi.
Aturcara program
12 pm – 6 pm: Pameran gambar – Wabak Covid-19 dan Penggantungan Hak Asasi Manusia
12 pm – 2 pm: Persembahan solo
2.30 pm – 3.30 pm: Pelancaran IHRD 2021 & Laporan Status FOE 2021 – diikuti dengan sidang media dan sesi soal jawab
3.30 pm – 6.00 pm: Persembahan berkumpulan
6 pm: Acara tamat
1.Pameran Gambar
Pameran ini adalah hasil kerjasama kolektif wartawan foto, The Biddys, yang bertemakan isu-isu hak asasi manusia serta cabarannya sewaktu berdepan dengan wabak Covid-19. Memaparkan 30 gambar-gambar terpilih yang mengisahkan cabaran yang dihadapi orang ramai sewaktu wabak melanda serta hak-hak kemanusiaan mereka yang tergantung. Kami berhasrat untuk mengingatkan masyarakat bahawa hak asasi manusia bukanlah suatu konsep abstrak yang hanya terpakai buat pihak-pihak tertentu saja. Hak asasi manusia adalah sejagat. Justeru, tema “Humanising Human Rights | Merakyatkan Hak Asasi Manusia”, menekankan konsep-konsep penting dalam hak kemanusiaan.
Pameran ini turut menampilkan lima wanita yang juga merupakan pembela hak asasi manusia yang telah lama berjuang dalam pelbagai isu serta menjadi suara bagi mereka yang tertindas sewaktu dilanda cabaran yang getir.
2. Persembahan Puisi dan Muzik
Menampilkan artis daripada pelbagai genre muzik dan latar kreatif yang turut menekankan elemen kepelbagaian dan nilai inklusif sebagai dasar penting bagi hak asasi manusia dalam persembahan mereka.
3. Pelancaran Laporan Kebebasan Bersuara 2021
Centre for Independent Journalism (CIJ) akan melancarkan Laporan Status FOE 2021 yang memaparkan segala salah laku FOE yang berlaku pada tahun 2021 melibatkan undang-undang seperti Akta Hasutan 1964, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.