About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
16 November 2022
Kenyataan Media: Naratif ‘Ketuanan Melayu’ semakin berleluasa menuju PRU15
Inisiatif Pemantauan Media Sosial Centre for Independent Journalism (CIJ) mendapati naratif berasaskan kaum terus mendominasi retorik politik di media sosial sepanjang musim Pilihan Raya Umum.
Penemuan interim ini, dalam jangkau masa antara 20 Oktober sehingga 15 November, mendapati president PAS Abdul Hadi Awang antara individu utama yang menyebar luas naratif bersifat benci, intoleran, rasis dan memecah-belahkan.
Tambahan lagi, tokoh-tokoh politik Pas yang lain, seperti Ketua Pemuda Pas Sik, serta penyokong-penyokong selebriti seperti Jamal Abdillah dan Zul Huzaimy turut menggunakan naratif dengan retorik yang mengapi-apikan. Mereka menggunakan strategi untuk menanamkan perasaan takut dalam pengundi Islam dengan ungakapan kata-kata seperti “anda akan masuk neraka sekiranya mengundi PH atau BN”, menyeru kepada keganasan terhadap “kafir harbi”, serta menggesa kaum Melayu untuk bersatu melawan kaum Cina (DAP) dan India sepanjang tempoh pantauan ini dibuat.
Hadi Awang dan PAS turut menggunakan taktik ‘red tagging’[1] sejak beberapa minggu lalu, dengan tuduhan yang berterusan terhadap DAP sebagai komunis serta dituduh juga sebagai atheis dan pendukung amalan LGBTIQ.
Inisiatif Pemantauan Media Sosial CIJ, iaitu pemantau media sosial pertama sewaktu pilihan raya, bertindak untuk memantau tahap keparahan ucapan benci sewaktu musim pilihan raya. Inisiatif ini merupakan kolaberasi bersama dengan University of Nottingham Malaysia (UNM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pakar komunikasi USM Dr Mahyuddin Ahmad mengatakan bahawa naratif “Ketuanan Melayu” sering bergerak seiring dengan retorik anti-cina. “Ucapan benci berasaskan kaum dan agama telah menjadi senjata untuk menimbulkan rasa takut dan antagonisme terhadap masyarakat cina, sekaligus mempengaruhi pengundi Melayu-Islam untuk tidak mengundi Pakatan Harapan sekiranya mereka mahukan hak Melayu dan keagamaan mereka tidak dihakis dan dipengaruhi orang bukan Islam. Perkara ini menyempitkan ruang buat politik yang inklusif dalam sistem demokrasi kita,”menurut beliau.
PAS bukan sahaja satu-satunya parti ang mengunakan strategi perkauman. Gerakan Tanah Air (GTA), turut menekankan bahawa nasib orang melayu di Malaysia bergantung kepada GTA dan mereka hanya boleh menikmati kestabilan dan kekayaan negara sekiranya mereka mengundi GTA.
Sungguhpun tidaklah pada tahap yang sama, Pakatan Harapan juga turut memainkan sentimen perkauman dengan mendakwa undian kepada Perikan Nasional (PN) sama seperti memilih Taliban untuk memerintah negara.
Sewaku tempoh interim ini iaitu antara 20 Oktober sehingga 15 November 2022, sejumlah 52,012 paparan yang unik sudah dinilai oleh pemantau. Hal ini termasuklah komen-komen yang dikirim oleh akaun-akaun yang dipantau, komen-komen daripada pengguna, serta paparan yang menyebut individu tertentu.
Naratif berasaskan kaum merangkul carta teratas dengan 32,066 paparan. Ini diikuti dengan agama pada 13,338; gender dan komen yang ditujukan kepada komuniti LGBTIQ pada 5,161; kerabat diraja pada 3,968; serta komen yang ditujukan kepada pendatang asing dan pelarian antara yang terendah pada 2,246[2]. Dapatan ini selaras dengan kesemua empat platform besar yang dipantau melalui inisiatif ini, iaitu Facebook pada 31,969 paparan; Twitter pada 18,165 ciapan; TikTok pada 1,803 paparan; dan YouTube sejumlah 75 paparan.
Dalam 45,404 paparan tentang agama dan kaum, sebanyak 7763 paparan disertai dengan penghinaan berasaskan kaum dan agama diikuti dengan elemen lucah; 26 paparan turut mengandungi bahasa yang berunsurkan menyahmanusiakan dan ganas; serta 4 paparan secara jelas menyeru serangan terhadap orang bukan Islam.
Posisi partriaki dan misoginistik berasaskan orientasi seksual dan gender terus berleluasa
Selain daripada isu kaum dan agama, inisiatif pemantauan turut menemukan antara trend lain yang menjadi dasar ucapan benci adalah stereotaip negatif sekitar orientasi seksual dan gender.
Pandangan dan hujahan misoginistik berdasarkan prinsip moral awam dan nilai-nilai Islam telah digunakan untuk menyebarkan ucapan benci terhadap komuniti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex dan Queer (LGBTIQ).
Selepas serbuan yang dibuat oleh pihak Polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 29 Oktober di sebuah parti tertutup drag queen bersempena Halloween, individu dan organisasi yang mewakili hak komuniti LGBTIQ telah menjadi sasaran secara terancang di pelbagai platform seperti Facebook, Twitter dan TikTok. Aktivis Numan Afifi terus menjadi sasaran dalam talian sewaktu beliau melaporkan keadaan terkini berkaitan dengan situasi tersebut. Komen-komen tersebut merangkumi ucapan tahniah kepada pihak berkuasa atas serbuan dan tahanan yang dijalankan, sehinggalah menyeru agar komuniti LGBTIQ terus dihapuskan dari masyarakat dan tuduhan sebagai penyebar penyakit berjangkit. Tokoh konservatif tempatan, Rafidah Hanim Mokhtar, melalui paparannya mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana tindakan mereka mencetuskan lebih banyak komen berbaur kebencian.
Pakatan Harapan juga dilabel sebagai “liberal’ dan pendukung “agenda LGBTIQ”. Ahli politik PAS Siti Zailah berkongsi video anti-LGBTIQ dari Gerakan Pengundi Sedar, mencetuskan lebih banyak naratif benci terhadap komuniti tersebut.
Antara trend lain yang sering berulang ialah sebaran semula imej dari video yang didakwa merupakan hubungan seksual antara Azmin Ali dan Haziq Abdullah Abdul Aziz. Perkara ini digunakan untuk mengapi-apikan dan menyebarkan ucapan anti-LGBTIQ terhadap Azmin.
Dari 5,161 paparan tentang gender dan kelompok yang berkaitan dengan komuniti LGBTIQ, sebanyak 2,533 paparan berbaur seksis dan menggunakan istilah yang menghina gender dan lucah, serta 8 yang berada di peringkat ganas dan menyahmanusiakan.
Seperti yang dijangkakan, wujud banyak kenyataan-kenyataan yang seksis terhadap wanita. Antara tema yang utama berkaitan dengan gender sepanjang musim pilihan raya ini berlangsung ialah unsur-unsur seksisme, objektifikasi dan seksualisasi calon wanita. Hal ini mempunyai kesan kepada kepimpinan wanita dalam politik.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, dalam sebuah video TikTok yang seksis, merendah-rendahkan serta memperkecilkan reputasi calon wanita di Sik dengan mengatakan bahawa mereka tidak secekap atau semampu lelaki dalam memimpin. Situasi ini menjadi lebih buruk apabila media melaporkan bahawa Azmin mempertahankan kenyataan Sanusi.
Paparan dengan hinaan berbaur seksis, terma yang buruk dan lucah sering ditujukan kepada calon-calon wanita. Penggunaan istilah ‘betina’ sering ditujukan kepada DAP, terutamanya Hannah Yeoh.
Pada masa yang sama, calon bebas Batu Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin (dikenali sebagai ‘Cleopatra’) telah ditegur kerana tidak menutup ‘aurat’ dengan hijab.
Menurut Professor Zaharom Nain, pakar media dan komunikasi dari University of Nottingham Malaysia, “Pembudayaan seksisme dan naratif berdasarkan kebencian terhadap gender merendahkan peranan wanita dalam politik dan menghadkan peluang dan kebebasan wanita untuk mengamalkan hak mereka untuk penyertaan politik.” Fokus terhadap tarikan fizikal sebagai asset, telah mengalih perhatian daripada kemahiran dan kepakaran serta tindakan mereka, bahkan ianya boleh menjadi hasutan kerana pengundi akan melihat calon wanita tidak semampu atau secekap lelaki bagi menjawat jawatan awam”
Xenofobia dan pembocoran maklumat(doxing) terhadap pendatang asing dan pelarian
Pendatang asing dan pelarian turut dipaparkan secara negatif sepanjang musim pilihan raya. Kebanyakan paparan menanam rasa benci melalui dakwaan bahawa komuniti ini mengancam keselamatan negara dan jaminan pekerjaan rakyat Malaysia.
Paparan negatif terhadap komuniti ini agak konsisten sepanjang tahun-tahun sebelumnya. Namun, projek ini menemukan bahawa interaksi media sosial meningkatkan lagi ucapan benci terhadap pekerja asing dan pelarian, termasuklah membocorkan maklumat dan seruan terhadap keganasan.
Misalnya, paparan Jabatan Imigresen Malaysia menggalakkan orang awam untuk menggunakan talian untuk melaporkan pekerja asing tidak berdaftar, sekaligus mencetuskan pelbagai komen berbaur kebencian. Hal ini, termasuklah seruan agar mereka dihapuskan dan adakalanya maklumat peribadi pekerja asing seperti alamat dan nombor telefon dibocorkan di media sosial.
Xenofobia dan sentiment anti-pekerja asing turut jelas terpampang dalam sebuah wawancara bersama Ganapatirau apabila beliau bercakap soal pekerja asing di Pasar Meru.
“Eksploitasi terhadap kewujudan pekerja asing dan pelarian untuk mendapat sokongan pengundi, dengan mengapi-apaikan unsur xenofobia dan rasisme berpotensi untuk mencetuskan ucapan benci, meningkatkan risiko kepada komuniti tersebut dengan dengan ancaman bahaya, penahanan, dan dihantar balik” kata Dr Lee Kuok Tiung, penganalisis politik dari UMS.
Secara perbandingan, sungguhpun jumlah keseluruhan paparan hanyalah 2,246 yang ditujukan kepada pekerja asing dan pelarian, kategori ini mempunyai capaian paparan yang paling berbahaya dan menyahmanusiakan iaitu sebanyak 431, dan seruan untuk mengunakan keganasan sebanyak 4 paparan.
Pengarah eksekutif CIJ, Wathshlah Naidu, menekankan, “hanya beberapa hari saja lagi sebelum hari mengundi pada 19 November, adalah sangat penting untuk semua ahli politik menyatakan bankangan terhadap naratif berasaskan kebencian yang ganas dan ekstrimis yang boleh memberi kesan atau mempengaruhi pengundi. Sebagai orang awam, kita harus tidak terjerat dengan agenda politik yang berasakan kebencian dan tidak mengunakan naratif ini untuk menyebarkan lagi sentiment kebencian”
Selain memantau ucapan benci dalam media sosial, inisiatif CIJ turut menyediakan respons balas terhadap naratif berasaskan kebencian sebelum dan sewaktu PRU15. Tambahan lagi, CIJ turut merangka dokumen panduan untuk para wartawan dan pengundi untuk memberi respons dengan lebih efektif terhadap ucapan benci.
Pemantauan akan terus berjalan sehingga 22 November 2022. CIJ akan mengeluarkan laporan akhir meliputi tempoh pemantantauan antara 20 Oktober – 20 November 2022 pada tahun akan datang.
Sebarang kemaskini pemantauan dan respons balas pantas boleh ditemui di laman web CIJ #SayNoToHateSpeech laman web CIJ. Laporan ucapan benci secara dalam talian dibuat di sini.
Untuk hubungan media, hubungi:
Wathshlah Naidu [exec_director@cijmalaysia.net]
Centre for Independent Journalism
[1] Red-tagging or red-baiting is the act of harassment or attacking an individual or entity as a Communist or communist sympathiser.
[2] Data is not mutually exclusive to one unique post. Thus, total of issues by severity may vary from the distinct value of the total unique posts.
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.