About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Hari ini disambut sebagai Hari Akses Kepada Maklumat Sejagat Antarabangsa (IDUAI), dengan tema antarabangsa bagi tahun 2020 “Kecerdasan Buatan, e-tadbir urus dan Akses kepada Maklumat”. Tema ini menekankan kepentingan akses kepada maklumat tatkala dunia kini berdepan dengan perubahan disebabkan kecerdasan buatan (AI) dan pemerintah mula menekankan hal digitalisasi dalam dasar-dasar awam mereka.
Centre for Independent Journalism, sebagai organisasi yang menerajui agenda mempromosi hak untuk bermaklumat di Malaysia, bersama rakan-rakan masyarakat sivil, ahli akademik dan media berharap pihak kerajaan mempergiat lagi usaha mereka untuk menggubal Akta Hak untuk Bermaklumat (RTI) di peringkat persekutuan di Malaysia. Bahagian Hal Ehwal Undangundang – BHEUU, di bawah Jabatan Perdana Menteri kini mengepalai usaha dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan penggubalan undang-undang persekutuan RTI yang terbaharu. BHEUU juga telah memulakan proses perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihakpihak berkepentingan bagi mengkaji kebolehlaksanaan penggubalan undang-undang RTI tersebut. Sejak 2019, CIJ telah bekerjasama dengan BHEUU melalui forum yang menjalinkan hubungan antara agensi-agensi kerajaan, SUHAKAM, ahli-ahli parlimen, pakar-pakar antarabangsa, organisasi masyarakat sivil, dan entiti media yang relevan.
Pengumuman Rangka Kerja Kercerdasan Buatan Kebangsaan 2021-2025 (AI-RMAP) pada bulan Mac 2021 menunjukkan bahawa Malaysia komited untuk memperkenalkan serta mengintegrasi kecerdasan buatan dalam kesemua sektor bagi manfaat ekonomi dan produktiviti termasuklah mempromosi penerapan digital di semua peringkat masyarakat untuk kebaikan awam. Di samping mengguna pakai dan mengadaptasi teknologi untuk pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi, kerajaan juga telah menggariskan strategi untuk menjadi pencipta dalam bidang AI. Teras strategik Rangka Tindakan Ekonomi Digital yang merangkumi “transformasi digital sektor awam” dan “membina persekitaran digital yang dipercayai, selamat dan beretika” membuka jalan buat Malaysia untuk menjadi peneraju kandungan digital dan keselamatan siber di rantau ini mulai 2030.
Penerapan pengurusan AI memberi impak kepada hak orang awam, media, ahli akademik, dan masyarakat sivil untuk mendapat akses terhadap maklumat yang dipegang oleh badanbadan awam berkenaan isu-isu integriti maklumat, perlindungan peribadi, ketelusan, keselamatan, prinsip dan standard etika dalam pengurusan AI. Masyarakat awam di Malaysia adalah pengguna internet yang tegar melalui platform digital awam dan peribadi, sekaligus memberi kuasa buat kerajaan dan sektor korporat untuk membentuk akses awam dan pengguna serta penglibatan mereka dalam ruang awam melalui dasar yang dilaksanakan. Oleh sebab itu, wujud keperluan yang mustahal untuk menilai impak AI terhadap lanskap maklumat sekarang dan juga di masa hadapan.
Tandakan kalendar anda dan ikuti acara kemuncak bagi sambutan IDUAI di Malaysia! CIJ dengan kerjasama BHEUU dan UNESCO bakal melangsungkan Forum IDUAI 2022 pada 20 Oktober 2022 di Dewan Konferens BHEUU, Putrajaya. Acara ini menyediakan ruang untuk membincangkan kerumitan yang tercetus daripada perubahan lanskap maklumat terkini, serta menilai semula trend terbaharu dan risiko yang berhubung dengan model pengurusan data intensif. Tambahan lagi, tumpuan perbincangan turut menyentuh usaha mengenal pasti cara-cara baru dan inovatif bagi memastikan perlindungan yang mencukupi dilaksanakan apabila aplikasi AI mula terpakai dalam segenap aspek buat akses kepada maklumat. Hal ini termasuklah memastikan wujud ruang sivik dan penyertaan awam bagi penambahbaikan komitmen kerajaan terhadap Maltlamat 16.10.2 Pembangunan Mampan untuk menerap dan melaksana jaminan berperlembagaan untuk hak untuk bermaklumat.
Menjadi aspirasi kami untuk melihat setiap rakyat Malaysia mampu mengguna pakai hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang memberi kesan kepada kehidupan mereka, bagi mempertingkan penyertaan awam dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan umum. Kami juga berharap pihak kerajaan akan meningkatkan usaha mereka bagi membentuk suasana yang membolehkan maklumat yang dimiliki badan-badan awam menjadi lebih mudah diakses oleh orang awam, sebagai langkah untuk membina kepercayaan awam, menggalakkan ketelusan dan kebertanggungajawaban serta memperkukuh tadbir urus yang baik.
28 September 2022
Wathshlah G. Naidu
CIJ Executive Director
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.