About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
CIJ has written a letter to Utusan Malaysia over the paper’s selective representation of CIJ’s views on the issue of media barring by political parties.
Pusat Kewartawanan Bebas (Centre for Independent Journalism)
27C Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03 4023 0772
Fax: 4023 0769
Surat Kepada Pengarang
11 Disember 2009
Kepada Pengarang,
Pusat Kewartawan Bebas (Centre for Independent Journalism- CIJ) merujuk kepada rencana tulisan Tan Melaka bertajuk “Pas iktiraf media perdana” yang diterbitkan pada 30 November 2009 di akhbar Utusan Malaysia. Terlebih
dahulu CIJ ingin menyatakan penghargaan kepada saudara Tan Melaka kerana memberi perhatian kepada kenyataan CIJ dalam isu wartawan Utusan dihalang daripada meliputi sidang akhbar yang dianjurkan oleh Selproa pada 25 November.
Prinsip-prinsip kebebasan merupakan sebahagian daripada hak-hak asasi manusia yang diiktiraf di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, mana-mana parti politik yang mendapat tampuk kerajaan bertanggungjawab melindungi kebebasan bersuara. CIJ tidak akan teragak-agak mengiktiraf kerajaan Barisan Nasional sekiranya ia sanggup membuka lebih ruang terhadap kebebasan bersuara, antara lain dengan memansuhkan akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.