About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Media perlu menggesa kerajaan melakukan perubahan dalam menyediakan dan mendapatkan maklumat yang benar untuk masyarakat, terutama ketika situasi pandemik COVID-19.
Penasihat Centre of Independent Journalism (CIJ) Ding Jo-Ann berkata, usaha itu akan dapat memastikan masyarakat mencari sumber yang sahih dan dalam masa sama mampu menganalisa maklumat yang diperoleh terutama di media sosial.
“Kita perlu menggesa kerajaan untuk membuat perubahan. Keperluan sebenar ialah untuk mendapatkan maklumat yang benar. Dan kita perlu membantu masyarakat memahami usaha membanteras berita tidak benar, bukan hanya menutup isu berkenaan.
“Pendidikan juga perlu. Ia supaya orang ramai lebih peka dan mendidik mereka bagaimana mendapatkan sumber maklumat dan menganalisanya,” katanya semasa webinar melalui Zoom bertajuk “Fake News During The Infodemic: GDI Report Launch and Panel Discussion” pada Jumaat (9 July).
Tambah Jo-Ann, sesebuah organisasi media bukan sahaja berperanan menyalurkan maklumat, namun perlu diselangi dengan tanggungjawab sebagai saluran informasi yang dipercayai.
“Kami mahu memberi pengiktirafan kepada media yang memastikan mereka menyalurkan berita yang benar dan jika mereka ada membuat kesilapan (maklumat), mereka akan sentiasa bertanggungjawab.
“Kami juga mahu mendidik masyarakat bahawa ini adalah media yang anda patut baca, sokong, dan inilah media yang anda boleh percayai,” ujarnya.
Justeru, katanya, organisasi media juga perlu terlibat memberi pendedahan mengenai literasi media dan digital kepada masyarakat, tidak hanya bergantung kepada informasi daripada pihak tertentu seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.
“Usaha dan impak sedemikian media perlu ada, bersama-sama dengan kerajaan, selain mengambil peranan untuk bertanggungjawab terhadap informasi yang diberikan kepada masyarakat,” ujarnya.
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.