About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Sepanjang 2021, rakyat Malaysia bukan sahaja berdepan dengan peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 dan kemelut ekonomi, bahkan peningkatan dalam bilangan individu dan organisasi yang ditahan melalui undang-undang yang menindas atas sebab kritikan mereka terhadap pihak berkuasa. Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) berpandangan undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia digunakan hanyalah untuk menutup suara-suara dan pandangan yang bertentangan, manakala hak asasi masyarakat disekat dan dikurangkan atas alasan mengawal penularan kes COVID-19.
Pada hari ini (11 Dis), sejumlah sembilan organisasi kebebasan bersuara telah berkumpul bagi menganjurkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2021 peringkat Antarabangsa bagi menekankan perihal masalah-masalah yang masih membelenggu hak asasi manusia pada tahun 2021 serta mengesa agar perubahan yang mendasar dilakukan tatkala kita menjengah tahun 2021. Bertemakan “Humanising Human Rights” atau “Merakyatkan Hak Asasi Manusia” , acara ini diketuai oleh Centre for Independent Journalism, dan dianjurkan bersama Article 19 Malaysia, Freedom Film Network (FFN), KRYSS Network, Sinar Project, Sisters in Islam (SIS), Gerakan Media Merdeka, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR).
Platform yang disediakan hari ini mengingatkan kota bahawasanya hak asasi manusia itu adalah sesuatu yang resam dan bersangkut dengan setiap rinci kehidupan. Kami berhasrat untuk merakyatkan hak asasi manusia, agar ianya tidak ditanggap sebagai konsep abstrak yang tidak tercapai oleh imaginasi rakyat. Acara yang diaturkan termasuklah pameran gambar hasil kerjasama kolektif wartawan foto, The Biddys, dan Eyes That Speak oleh Buku Jalanan Chow Kit. Selanjutnya, bagi melambangkan hak untuk berucap, bersuara dan berpendapat kami turut menyediakan barisan persembahan yang bertemakan semangat inklusif dan kehormatan terhadap semua komuniti. Antaranya ialah; penyajak Malaysia Pyan Habib, Dhabitah Zainal Pavithrah Sambu, Kimchi, Wani Ardy dan Shamsad, pelarian dari Pakistan. Kami juga membawakan Naaraayini Balasubramaniam, Santosh Logandran dan Sri Suriya Prakash yang bakal mempersembahkan persembahan muzik secara langsun. Akhir sekali, kami turut memaparkan suara wanita daripada , KRYSS Network, “16 Days of Activism against Gender-based Violence”.
Tatkala ruang demokrasi semakin sempit, organisasi masyarakat sivil terus berusaha merangkul semula ruang demokrasi dan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kebebasan bersuara adalah dasar penting bagi demokrasi dan pelaksanaan hak-hak asasi yang lain.
Dengan membawakan pameran gambar dari jurugambar dan persembahan secara langsung dari artis tempatan, ianya menggambarkan kepentingan untuk mempunyai media yang bebas, kuasa imej dalam kewartawanan, dan peranan maklumat dalam konteks sosio-politik negara ini. Pameran suara-suara wanita ini juga penting bagi mengingatkan bahawasanya kebebasan bersuara dan kesetaraan gender itu saling berhubungan. Ianya adalah sambutan bagi meraikan kelompok yang berani bersuara dengan lantang melawan kekuasaan dan patriarki.
Hari ini juga kita menyaksikan pelancaran laporan CIJ berkenaan dengan keadaan Kebebasan Bersuara (FOE) di Malaysia pada tahun 2021 yang mencatat kes-kes melibatkan undang-undang yang bermasalah bagi menyekat hak untuk berucap, bersuara, dan berkumpul secara dalam atau luar talian.
Menjelang tahun 2021, kami menggesa ahli-ahli Parlimen dan penggubal dasar untuk memansuhkan dan meninjau semula undang-undang yang menyekat hak asasi masyarakat. Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 sewajarnya dimansuhkan manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Penapisan Filem 2002, dan Akta Finas 1981 harus dinilai semula dan dipinda.
Kami juga menggesa pihak kerajaan agar:
Bersempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2021, kami turut menggesa pihak kerajaan agar menyediakan pelan tindakan bagi ratifikasi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa, terutamanya Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil (ICCPR), Perjanjian Antarabangsa Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), dan lain-lain.
Hubungan Media: Thulsi Manogaran (coordinator@foecluster.org)
Disokong oleh :
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Freedom Film Network (FFN)
Kryss Network
Sisters In Islam (SIS)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Gerakan Media Merdeka (GERAMM)
Sinar Project
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.