About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Kenyataan Media: Pelancaran Portal “Katakan Tidak pada Ucapan Benci” Pemantauan Media Sosial bagi Pilihanraya Negeri di Malaysia
Centre for Independent Journalism (CIJ), dengan kerjasama University of Nottingham Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Malaysia kini menjalankan projek pemantauan ucapan benci bagi Pilihan Raya Negeri 2023 yang bakal berlangsung di Malaysia.
Berdasarkan pengamatan kami, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15 pada November yang lalu, CIJ dan rakan-rakan kerjasama kami menjangkakan ucapan benci dan penyebaran maklumat palsu akan berterusan terutamanya di ruangan media sosial. Taktik seperti ini sering digunakan oleh ahli-ahli politik dan beberapa pemimpin masyarakat lain bagi mengawal naratif dan mempengaruhi pemahaman orang awam tentang isu-isu utama yang boleh mempengaruhi keputusan pengundi. Penggunaan tema dan retorik yang mengapi-apikan demi kepentingan politik yang sempit, berperanan mengalih dan mengganggu perhatian daripada perbincangan berasaskan penumpuan solusi yang memupuk prinsip demokrasi.
Pemantauan ini akan bertumpu kepada keparahan ucapan benci sekitar isu-isu sensitif seperti 3R (bangsa, agama, dan raja) dan gender, termasuk juga yang disasarkan kepada kelompok tertentu seperti golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Queer (LGBTQ+), dan golongan pelarian dan pendatang asing. Tujuan bagi pemantauan “Katakan Tidak pada Ucapan Benci”, yang berjalan sejak 24 Julai dan berterusan sehinga 20 Ogos 2023, adalah untuk memantau pihak-pihak berikut: ahli politik, parti politik, media, agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat – bagi mengenal pasti corak dan perkembangan tentang bagaimana naratif benci ini memberi kesan atau meningkatkan potensi bahaya kepada individu atau komuniti yang terdedah dengan risiko. Pemantauan ini juga turut mengenal pasti tingkah laku tidak tulen, Coordinated Inauthentic Behaviours (CIB), seperti bot dan lasykar siber.
Keparahan ucapan benci diklasifikasikan berdasarkan tahap-tahap berikut:
Tahap 1 – Perbezaan pendapat atau bahasa dan kandungan yang tidak menyinggung
Tahap 2 – Bahasa dan kandungan yang menyinggung atau bersifat diskriminasi
Tahap 3 – Bahasa atau kandungan yang menyahmanusiakan atau agresif
Tahap 4 – Bahasa atau kandungan yang melibatkan seruan atau ajakan kepada keganasan
Sila rujuk papan pemuka untuk mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan 88 aktor yang kini dipantau di Facebook, X (dahulunya Twitter) dan TikTok.
CIJ juga akan bekerjasamana dengan Architects of Diversity, Beyond Borders, Justice for Sisters, KRYSS Network, North South Initiative, Sisters in Islam, Pusat Komas dan Persatuan Sahabat Wanita bagi membina sistem amaran berdasarkan data pemantauan yang boleh menyediakan respons pantas apabila sesuatu ucapan atau kandungan benci mencapai tahap keparahan tertinggi dan memerlukan respons atau tindakan segera. Hal ini termasuk melaporkannya kepada platform media sosial dan menyediakan sumber untuk media dan orang awam bagi melawan ucapan benci.
Kami juga berhasrat untuk mengumumkan kerjasama kami bersama Malaysiakini sebagai rakan media bagi memperkukuh kerja-kerja laporan dan komunikasi bagi trend dan keparahan ucapan benci yang berleluasa dalam media sosial tertentu sepanjang musim pilihanraya ini.
Pihak kami juga akan melancarkan portal “Katakan Tidak pada Ucapan Benci (Say No to Hate Speech)” beserta papan pemuka yang membolehkan media dan orang awam mendapat akses kepada data yang dikutip daripada pemantauan harian kami. Kita berharap menyampaikan sumber maklumat terkini dapat membantu masyarakat dan menggalakkan penyertaan awam bagi melawan penggunaan ucapan benci sewaktu tempoh pilihan raya negeri ini berlangsung.
Dan yang paling penting sekali, kami menggalakkan orang awam agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara dan berucap mereka sepanjang musim pilihan raya ini serta menyumbang kepada penolakan terhadap ucapan benci dengan melaporkan sebarang ucapan benci di media sosial melalui Portal Laporan ini.
Bagi mendapat maklumat lanjut, sila lawati portal “Katakan Tidak pada Ucapan Benci” di sini.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nama: Wathshlah Naidu
Emel: exec_director@cijmalaysia.net
No.Telefon : +6012 2984300
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.