The Centre for Independent Journalism, Malaysia (CIJ) is a freedom of expression watchdog and a non-profit organisation that aspires for a society that is democratic, just and free, where all peoples will enjoy free media and the freedom to express, seek and impart information.
Centre for Independent Journalism, Malaysia (CIJ) adalah pemerhati isu kebebasan bersuara, serta sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bercita-cita untuk melahirkan masyarakat yang demokratik, adil dan bebas, dengan rakyat yang dapat menikmati media secara percuma serta bebas untuk bersuara, meneroka dan menyampaikan sebarang maklumat.
Zunar (Zulkiflee Anwar Ulhaque) adalah seorang karunis politik Malaysia yang dikenali dengan slogan “How Can I be Neutral, Even My Pen Has a Stand”. Melalui lakaran-lakaran kartunnya, beliau mengangkat isu-isu yang kontroversi berkenaan dengan kerajaan Malaysia. Beliau turut dikenali dan diiktiraf sebagai seniman yang menyokong agenda reformasi politik bagi membina sebuah negara yang lebih baik. Zunar telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan seperti “Courage in Editorial Cartooning Award 2011” oleh Cartoonists Right Network International, “Cartooning For Peace Award 2016” di Geneva, Human Rights Watch Hellman/Hammett Award untuk tahun 2011 dan 2015, serta International Press Freedom Award, dari Committee to Protect Journalist, New York pada tahun 2015.
Universiti Sains Malaysia (USM)’s School of Communication brings together educational opportunities in the field of Communication and Media. The school emphasizes the balance between theoretical knowledge and practical skills in a wide range of areas, sectors, and professions in the media industries. The courses are designed to not only equip students with the basic skills that are required by the job market but also enable students to explore various aspects of communication with a critical lens in understanding the role of media in society.
Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia menawarkan peluang pendidikan dalam bidang pengkhususan Komunikasi dan Media. Pusat pengajian ini menekankan keseimbangan antara pengetahuan teoritikal dan kemahiran praktikal merangkumi ruang, sektor, dan kerjaya yang meluas dalam industri media. Kursus-kursus yang ditawarkan dirangka bukan sahaja menyediakan pelajar dengan kemahiran yang penting dan diperlukan dalam pasaran kerja, malah turut memberdayakan para pelajar untuk meneroka pelbagai aspek komunikasi secara kritis dalam memahami peranan media dalam masyarakat.
School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) UUM was formed to merge three areas, namely Multimedia, Technology Media and Communication. These areas highly relate to each other; where communication deals with how humans interact to convey meaningful messages. These messages are the “contents” which can be enhanced with different media forms to be disseminated through traditional or new medium. Its two departments: Multimedia Technology and Communication, are consistently working on providing the highest possible quality of education to prepare the next generation of leaders in the three areas. To get a sense of the School’s intellectual life, our fields of expertise include multimedia design, interaction design, media studies, web and mobile technology, organizational, corporate and international communications, journalism, broadcasting, advertising, edutainment, and filming.
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) UUM dibentuk dengan gabungan tiga bidang, iaitu Multimedia, Teknologi Media dan Komunikasi. Bidang-bidang ini sangat berkaitan antara satu sama lain di mana komunikasi adalah berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi untuk menyampaikan mesej yang bermakna. Mesej ini adalah “kandungan” yang dapat ditingkatkan penyebarannya menerusi pelbagai bentuk media sama ada media tradisional atau media baharu. Dua jabatannya: Teknologi Multimedia dan Komunikasi, secara konsisten berusaha memberikan kualiti pendidikan setinggi mungkin untuk mempersiapkan generasi pemimpin masa hadapan dalam tiga bidang tersebut. Keintelektualan Pusat Pengajian ini diterjemahkan melalui bidang kepakaran yang merangkumi reka bentuk multimedia, reka bentuk interaksi, kajian media, teknologi web dan mudah alih, organisasi, komunikasi korporat dan antarabangsa, kewartawanan, penyiaran, iklan, didik hibur, dan filem.