About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Hak Mendapatkan Maklumat (RTI: Right to Information) adalah hak setiap rakyat untuk mendapatkan akses kepada maklumat yang dipegang badan-badan awam.
RTI menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban; serta memperkasa hak rakyat untuk mendapatkan maklumat. Sebaliknya, mengaburkan maklumat yang dapat mempengaruhi pendapat umum berpotensi tinggi untuk memberi kesan negatif kepada pihak yang cuba mengaburkan maklumat tersebut.
Pada ketika ini di Malaysia, hanya negeri Selangor dan Pulau Pinang mempunyai Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI: Freedom of Information Enactments). Kedua-dua enakmen ini mengiktiraf dan menjunjung hak mendapatkan maklumat daripada kerajaan negeri masing-masing.
Walaubagaimanapun, enakmen-enakmen ini tidak boleh mengatasi undang-undang Kerajaan Persekutuan. Undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Keterangan, Akta Hasutan dan peruntukan-peruntukan khusus Kanun Keseksaan seringkali digunakan untuk bertindak secara keras terhadap penyokong kebebasan bersuara.
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ: Centre for Independent Journalism) dan anggota gabungan CSOs on the Freedom of Expression sedang menjalankan kempen untuk memperjuangkan sebuah undang-undang khas untuk RTI.
Bagi tujuan tersebut, CIJ melancarkan rundingan (consultation) bagi mendapatkan pandangan anda tentang RTI. Ini termasuk pandangan tentang keadaan semasa dalam proses mendapatkan maklumat dari badan-badan awam, dan apa yang anda ingin lihat termaktub dalam perundangan berkaitan RTI.
Rundingan ini boleh dilayari di sini: https://www.surveymonkey.com/r/JSS7C7J
Maklumat lanjut mengenai rundingan ini boleh dilayari di sini: https://drive.google.com/file/d/1l8G1fqqLaZIi5_YvgTxXwprtxRfxLFgx/view?usp=sharing
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.