About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Gambar utama dari Reuters
Centre for Independent Journalism (CIJ) mengikuti perkembangan Malaysia yang baru sahaja memenangi pemilihan satu daripada 18 kerusi di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Antarabangsa (UN), dengan sebanyak 183 undi bagi tempoh 2022-2024. Seiring dengan perkembangan ini, kami menggesa pihak kerajaan untuk mempromosi dan mendukung kewajiban hak asasi manusia di peringkat antarabangsa di negara sendiri, termasuk mempromosikan hak asasi kebebasan bersuara dan hak untuk mendapatkan maklumat.
Berita ini hadir sewaktu dunia kini sedang beralih kepada fasa pasca wabak COVID-19 dan pendekatan yang berteraskan hak asasi manusia menjadi sangat penting buat semua negara untuk bangkit secara adil dan saksama.
Kami turut menekankan antara bulan Januari sehingga Ogos 2021, pada kadar yang paling minimum, sejumlah 17 kes yang melibatkan 37 individu dari pendukung hak asasi manusia dan seniman telah disiasat di bawah undang-undang yang lapuk dan menindas seperti Akta Hasutan 1948. Pihak berkuasa kerap juga mengguna pakai taktik ugutan dan gangguan terhadap media. Adalah sangat membimbangkan untuk melihat para wartawan dipanggil oleh pihak polis atas sebab laporan yang mereka hasilkan. Pada tahun ini sahaja, kita menyaksikan sebanyak lima kes yang melibatkan wartawan dipanggil untuk disoal siasat. Bahkan, pembikin filem bebas dan pereka seni grafik ada yang dijadikan sasaran, misalnya, kes animasi pendek Freedom Film Network (FFN) berjudul ‘Chilli Powder and Thinner’ dan kes Fahmi Reza yang sudah dipanggil untuk disoal siasat sebanyak sembilan kali tahun ini atas sebab lakaran poster satiranya.
Sekembalinya kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pentadbiran pada Mac 2020 menunjukkan lebih banyak tindakan seperti ini melalui undang-undang Akta Hasutan, serta undang-undang lain yang menindas, bagi menekan perbahasan yang kritis dan berlawanan di Malaysia.
Tatkala Malaysia kini sudah berjaya memiliki kerusi di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Antarabangsa dan berjanji secara terang untuk mendukung hak kemanusiaan, pihak kerajaan seharusnya mengambil tindakan yang lebih jujur dan jelas bagi membaik pulih keadaan hak asasi manusia di negara ini. Komitmen di peringkat antarabangsa tidak seharusnya tinggal sebagai topeng semata-mata, sebaliknya harus diterjemah ke dalam bentuk tindakan dan agenda reformasi di peringkat nasional.
Kami menggesa pihak pemerintah untuk menunjukkan bahawa agenda reformasi di Malaysia tidak semakin layu, dan mereka terus berdedikasi untuk melaksanakan tadbir urus yang baik dan prinsip kebertanggungjawaban berdasarkan prinsip hak asasi manusia sejagat dan kebebasan bersuara, berkumpul, dan berucap.
Bagi mendukung kewajiban untuk mempromosi hak asasi manusia, terutamanya jaminan perlembagaan seperti kebebasan bersuara dan hak untuk mendapatkan maklumat, perkara-perkara berikut hendaklah segera dijamin dan diterap secepat mungkin:
Adalah sangat penting buat pihak kerajaan untuk bertindak sekarang dan tidak bersubahat dalam membiarkan keadaan hak asasi manusia di malaysia terus merudum sehinggakan pendukung hak asasi manusia dan masyarakat umum harus hidup dalam keadaan ketakutan.
15 Oktober 2021
Wathshlah Naidu
Pengarah eksekutif CIJ
Bagi persoalan lanjut, sila hubungi comms@cijmalaysia.net
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.