About CIJ
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.
Archive
Centre for Independent Journalism (CIJ) bersama dengan Global Disinformation Index (GDI) telah mengeluarkan satu laporan berjudul “Pemeringkatan Risiko Pasaran Media: Malaysia”. Dapatan kajiannya adalah berdasarkan analisis terhadap 31 laman berita Malaysia dalam Bahasa Inggeris dan Melayu serta Mandarin.
Sebelum ini, GDI pernah bekerjasama dan mengeluarkan laporan yang sama bersama rakan kongsi tempatan dalam pelbagai pasaran media termasuk di India, Afrika Selatan, Argentina, Perancis, Jerman, Latvia dan lain-lain. Malaysia adalah penambahan terbaru dalam senarai ini, beserta laporan yang membawakan peluang yang unik buat ekosistem media di Malaysia bagi menjalankan analisis menggunakan set ukuran yang bebas dan selaras.
Laporan Malaysia ini menerapkan metodologi GDI dalam menilai risiko maklumat palsu melalui tiga tonggak utama: kebolehpercayaan kandungan laman (Tonggak Kandungan), semak imbang dalam operasi laman (Tonggak Operasi) dan bagaimana pembaca dalam talian yang berpengetahuan melihat konteks keseluruhan buat laman-laman yang dikaji (Konteks).
Laman media Malaysia secara umumnya menunjukkan risiko yang sederhana dan rendah dalam kerangka kerja kami:
Berdasarkan dapatan-dapatan kajian utama dalam laporan ini, kami mencadangkan kepada laman-laman berita agar:
Kerajaan Malaysia harus memainkan peranan yang penting bagi menyediakan landasan dan undang-undang untuk ekosistem media yang lebih telus dan kurang berisiko dalam penyebaran maklumat palsu. Antara langkah yang boleh diambil bagi memperkukuhkan kepercayaan terhadap ruangan media adalah:
Pembentukan satu pemeringkatan risiko maklumat palsu yang bebas dan dipercayai adalah sangat diperlukan. Pelancaran kerangka pemeringkatan risiko ini dapat memberikan maklumat yang penting buat penggubal dasar, laman-laman berita, dan industri periklanan berteknologi agar pembuat keputusan lebih peka dan berusaha untuk membina suasana media yang lebih sihat dan lestari. Laporan penuh boleh didapati melalui pautan ini.
Untuk pertanyaan media:
Shahirah Hamid, Pegawai komunikasi dan program CIJ, comms@cijmalaysia.net
Tentang kami:
Centre for Independent Journalism adalah pemerhati hak kebebasan bersuara dan organisasi tidak berasaskan untung yang menginginkan sebuah masyarakat yang demokratik, adil dan bebas, di mana orang ramai dapat menikmati kebebasan media untuk berekspresi, memperoleh dan menyampaikan maklumat. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://cijmalaysia.net/.
Global Disinformation Index adalah entiti tidak berasaskan keuntungan yang beroperasi atas tiga prinsip; keberkecualian, kebebasan dan ketelusan. Visi kami adalah sebuah dunia di mana kita boleh mempercayai apa yang terkandung dalam media. Misi kami ialah untuk menggugat, memutuskan aliran dana, dan mengurangkan pengaruh laman maklumat palsu. Kami menyediakan pemeringkatan risiko maklumat palsu bagi media-media seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari:www.disinformationindex.org.
The Centre for Independent Journalism is a non-profit organisation promoting media independence and freedom of expression in Malaysia.